global

22 peluru berpandu

Oleh Agensi

Baghdad: Iran melancarkan 22 peluru berpandu ke atas dua pangkalan yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera bersekutu di Iraq.

Bagaimanapun, tiada warga Iraq dilaporkan terkorban dalam serangan berkenaan.

Serangan berkenaan menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah barat Anbar dan ibu pejabat tentera bersekutu AS di Erbil.

Menurut kenyataan tentera Iraq, dua daripada 17 daripada peluru berpandu yang disasarkan ke pangkalan di Ain al-Asad tersasar.

Katanya, lima lagi disasarkan ke ibu pejabat tentera bersekutu di Erbil.

“Iraq menjadi sasaran 22 serangan peluru berpandu Iran antara jam 1.45 hingga 2.45 awal pagi semalam.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kalangan tentera Iraq direkodkan setakat ini,” kata kenyataan itu.

Serangan berkenaan sebagai tindak balas serangan dron AS mengorbankan Komander Kanan Iran, Qasem Soleiman, di Baghdad, Jumaat lalu.

Susulan konflik ketegangan rantau itu, beberapa syarikat penerbangan termasuk China Airlines dan Cathay Pacific sudah mengumumkan pesawatnya tidak akan melalui ruang udara Iraq dan Iraq.

Malah, Malaysia Airlines juga mengumumkan mengelak laluan ruang udara Iraq bagi penerbangan dari dan ke London, Jeddah dan Madinah.

Sementara itu, Kementerian Luar Filipina dalam satu kenyataan mengarahkan semua rakyatnya keluar dari Iraq.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 3:48pm
d