global

Bukan sebab peluru berpandu...

Oleh Reuters

KIEV: Nahas pesawat Ukraine International Airlines yang mengorbankan 176 penumpang dan anak kapal berpunca daripada masalah kegagalan enjin.

Kedutaan Ukraine ke Iran mengesahkan, masalah teknikal pada bahagian enjin pesawat berkenaan punca utama nahas itu berlaku bukan serangan peluru berpandu, mahupun berkaitan dengan pengganas.

Dalam satu kenyataan maklumat awal, kedutaan itu memaklumkan bahawa 168 orang penumpang membeli tiket penerbangan itu.

Stesen televisyen tempatan Iran melaporkan pesawat Ukraine International Airlines terhempas ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran disebabkan masalah teknikal dan terbakar.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 4:25pm
d