global

'AS sudah kena penampar'

Oleh AFP

Tehran: Serangan peluru berpandu Iran ke arah pangkalan menyasarkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq adalah umpama satu ‘tamparan ke muka’ kepada negara itu.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata demikian ketika mengulas serangan berkenaan menerusi televisyen negara itu.

“Semalam, AS kena penampar di muka,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan, apakah tanggungjawab rakyat Iran, ketika ini.

“Insiden yang penting sudah berlaku. Persoalan mengenai balas dendam adalah isu lain,” katanya.

Menurutnya, tindakan ketenteraan tidak mencukupi berhubung isu berkenaan.

“Apa yang penting kehadiran AS di rantau ini mesti berakhir,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Iran melancarkan serangan kepada dua pangkalan menyasarkan tentera AS dan tentera bersekutu di Iraq.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 5:40pm
d