global

Kotak hitam sudah dijumpai

Oleh Reuters

DUA kotak hitam dari pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas hari ini di Tehran telah dijumpai.

Seorang pegawai rasmi Iran dipetik berkata, kedua-dua kotak hitam itu mengalami kerosakan namun, data yang terkandung di dalamnya masih boleh diperoleh.

Pesawat berkenaan terhempas sejurus selepas berlepas dari

Lapangan Terbang Imam Khomeini dan mengorbankan 176 penumpang dan anak kapal.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 7:08pm
d