global

Bieber menghidap penyakit Lyme

Oleh AFP

MONTREAL: Penyanyi Justin Bieber mendedahkan dia disahkan menghidap penyakit Lyme.

Menerusi Instagramnya, Bieber, 25, berkata, dia akan menceritakan perjuangannya melawan penyakit yang tidak mempunyai penawar itu, dalam satu dokumentari YouTube, tidak lama lagi.

“Beberapa tahun kebelakangan ini amat sukar, tetapi rawatan yang betul akan membantu saya menjadi lebih sihat,” katanya.

Dia juga turut membidas kritikan pihak yang menyifatkan penampilannya seperti individu di bawah pengaruh dadah.

“Mereka tidak tahu saya disahkan menghidap penyakit Lyme. Ia memberi kesan kepada kulit, tenaga dan tahap kesihatan saya,” katanya.

Penyakit Lyme disebabkan sejenis bakteria berpunca dari kutu.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 11:27am
d