global

Serangan untuk pertahan diri - AS

Oleh Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan serangan dron yang mengorbankan komander tentera Iran, Qassem Soleimani, adalah tindakan mempertahankan diri.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kelly Craft berkata, negaranya akan mengambil sebarang langkah untuk melindungi rakyat dan kepentingannya di rantau Timur Tengah.

Dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB, beliau berkata, AS juga bersiap sedia untuk ‘berunding tanpa syarat dengan Iran, dalam usaha untuk mengelak situasi berbahaya kepada masyarakat antarabangsa daripada rejim Iran’.

Berdasarkan Artikel 51, negara dikehendaki untuk melaporkan dengan segera kepada 15 negara yang menganggotai Majlis Keselamatan PBB berhubung sebarang tindakan untuk mempertahankan diri.

Sebelum ini, AS menggunakan artikel sama sebagai justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap militan Daish di Syria pada 2014.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 1:14pm
d