global

Ukraine dakwa Iran tembak pesawat

Oleh AFP

Kiev: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mendakwa Iran bertanggungjawab menembak jatuh Ukraine International Airlines hingga terhempas Rabu lalu.

Dakwaan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo hari ini.

Kenyataan rasmi Britain, AS dan Kanada memberitahu sumber risikan mereka jelas mengaitkan Iran kemungkinan tersilap menembak jatuh pesawat malang berkenaan hingga meragut 176 nyawa penumpang dan anak kapal.

"Tidak menolak versi peluru berpandu itu, tetapi ia masih belum disahkan," kata Zelensky dalam laman Facebook.

Sambil mengulangi permintaan Ukraine untuk menghantar semua maklumat yang diperlukan dan siasatan penuh di atas tragedi itu dijalankan, Zelensky berkata, perkara itu akan dibincangkan lanjut dengan Pompeo.

"Matlamat kita untuk mencari kebenaran. Nyawa manusia lebih bernilai daripada motif politik," katanya.

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 6:15pm
d