global

William - Kate pikul tugas berat selepas Megxit

Oleh AFP

KEPUTUSAN Putera Harry dan isterinya, Meghan meninggalkan tugas diraja secara tidak langsung menimbulkan tekanan kepada abangnya, Putera Wlliam dan isterinya, Kate.

Ini kerana selepas ini William dan Kate perlu menanggung beban lebih besar dalam mewakili institusi itu kepada generasi lebih muda.

Harry, 35, dan Meghan, 38, Duke dan Duchess of Sussex, dijangka menjadi tonggak utama monarki dalam beberapa dekad yang akan datang.

Tetapi keputusan mengejut mereka untuk mengundur diri menjadikan semua impian berkenaan kini berkecai.

Ratu Elizabeth II yang berusia 93 tahun telah lama memberi isyarat bahawa apabila anak lelaki sulungnya, Putera Charles mewarisi takhta, dia mahukan monarki yang lebih kecil memusatkan perhatian kepadanya, isterinya Camilla, anak-anaknya William dan Harry serta anak-anak mereka.

Peranan Harry adalah sebagai sokongan kepada William yang akan menduduki takhta putera dan raja Wales.

Seorang pelakon dan aktivis televisyen yang berjaya, Meghan pada awalnya dilihat sebagai ‘suntikan baru’ untuk keluarga diraja ketika Harry mengumumkan hubungannya dengan Meghan pada November 2017.

Meghan pada mulanya dianggap berpewatakan berbeza berbanding Puteri Diana yang berusia 19 tahun ketika bertunang dengan Charles, Meghan bagaimanapun berusia 36 tahun ketika berkahwin dengan Harry yang disifatkan sudah matang untuk mengetahui apa yang bakal ditempuh selepas menyertai keluarga diraja itu.

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 9:08pm
d