global

Bot karam, 12 maut

Oleh AFP

ATHENS: Sekurang-kurangnya 12 orang maut, selepas sebuah bot yang dipenuhi pencari suaka, karam, di Laut Ionian dekat sini.

“Setakat ini, 12 mayat sudah ditemui. Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan usaha mencari mangsa,” kata pasukan pengawal pantai.

Menurutnya, 20 orang lagi ditemui selamat.

Bot itu yang dipenuhi 50 individu, karam berhampiran pulau dekat Paxi ketika menghampiri Itali.

Mangsa masih belum dikenal pasti.

Enam bot peronda dan dua helikopter tentera udara menyertai operasi SAR berkenaan.

Disiarkan pada: January 11, 2020 @ 8:13pm
d