global

Pasport Jepun paling berkuasa

Oleh Agensi

London: Jepun mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, menurut Indeks Pasport Henley.

Negara itu turut menduduki tempat teratas dalam indeks berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut, dan rakyatnya boleh melancong ke 191 negara tanpa visa.

Dailymail melaporkan, pasport Singapura pula berada di tempat kedua dan rakyatnya boleh melancong ke 190 negara dengan mudah.

Korea Selatan dan Jerman berkongsi tempat ketiga dengan perjalanan tanpa visa ke 189 negara.

Bagaimanapun, kedudukan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) terus jatuh ke tangga ke lapan tahun ini bersama Belgium, Greece dan Norway.

Rakyat kelima-lima negara ini boleh ke 184 negara tanpa memohon visa.

Kedudukan US dan UK jauh daripada rekod pada 2015, apabila kedua-duanya menduduki tempat teratas indeks berkenaan.

Tahun lalu, US dan UK berkongsi tempat keenam.

Sementara, Finland dan Itali berkongsi tempat keempat, dengan 188 negara, sementara Denmark, Luxembourg dan Sepanyol berada di kedudukan kelima dengan 187 negara.

Di kedudukan keenam adalah Perancis dan Sweden dengan 186 negara, manakala Austria, Ireland, Netherlands, Portugal dan Switzerland di tangga ke tujuh.

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 1:08pm
d