global

Jangan guna senjata nuklear - Trumph

Oleh Agensi

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerusi ciapannya di Twitter menyatakan tidak peduli sekiranya pegawai di Iran mahu berunding dengan Washington DC.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada pemimpin Iran supaya tidak menggunakan senjata nuklear dan membunuh puak penunjuk perasaan yang berang dengan insiden tembakan pesawat Ukraine di Tehran.

“Penasihat Keselamatan Kebangsaan mencadangkan sekatan dan bantahan dihalang serta memaksa mereka untuk berunding.

“Saya tidak peduli, terserah kepada mereka tetapi pastikan tiada senjata nuklear dan jangan bunuh penunjuk perasaan,” katanya.

Sebelum ini, AFP melaporkan Amerika Syarikat memantau demonstrasi di Tehran, sambil memberi amaran ia boleh mengakibatkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ sekali lagi.

Trump menerusi Twitter-dalam Bahasa Inggeris dan Parsi-menyatakan pihaknya memantau perkembangan terbaru itu.

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 1:56pm
d