global

Perogol lelaki pernah diejek 'bencong'

Oleh Agensi

SELEPAS pendedahan mengejutkan mengenai Reynhard Sinaga, calon PhD yang sedang melanjutkan pengajian di Manchester dan digelar sebagai ‘pemangsa seksual paling jahat’ dalam sejarah jenayah British, seorang rakannya tampil berkongsi kisah mengenainya dan menyifatkannya sebagai pelajar pintar dan ulat buku.

Jakarta Post melaporkan, Lidya, rakan sekolah rendah Reynhard tidak terkejut apabila mendengar Reynhard melanjutkan pengajian dan berjaya memegang tiga ijazah sarjana selain sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD.

“Namun, saya tidak menyangka dia terjebak dengan jenayah mengerikan itu yang menyebabkan mangsa dan keluarganya trauma,” katanya.

Seorang lagi rakannya dikenali sebagai Koko berkata, ketika di sekolah, Reynhard selalu diejek rakan-rakan yang menggelarnya ‘bencong’ iaitu istilah untuk lelaki yang berpewatakan lembut.

“Segelintir pelajar membulinya kerana dia selalu bermain dengan pelajar perempuan,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan Reynhard dipenjara seumur hidup di Manchester, England, selepas didapati bersalah terhadap lebih 150 tuduhan, termasuk 136 tuduhan rogol.

Mahkamah Manchester diberitahu Reynhard, 36, mungkin menyerang seramai 195 lelaki dengan mengajak mereka ke kediamannya dengan tawaran tempat tinggal dan hidangan minuman keras.

Disiarkan pada: January 13, 2020 @ 7:26pm
d