global

29 mayat dalam kubur

Oleh AFP

Mexico City: Sekurang-kurangnya 29 mayat ditemui di dalam kubur besar di satu hartanah di luar sebuah bandar di barat Mexico.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu bahawa tapak itu ditemui di Jalisco, negeri yang terjejas teruk dengan keganasan berkaitan jenayah terancang.

Di kawasan sama, 80 mayat ditemui sejak November.

Pejabat pendakwaan tempatan berkata, empat dari mangsa sudah hampir dikenal pasti berdasarkan laporan orang hilang.

Pihak berkuasa akan meneruskan usaha menggali kubur berkenaan.

Kubur itu terletak kira-kira 79 meter (m) dari, satu lagi kubur di mana 50 mayat ditemui.

Pada November tahun lalu, 31 mayat juga ditemui di dalam satu kubur berhampiran.

Kubur berkenaan dikenal pasti selepas Pengawal Kebangsaan menyerbu sebuah gudang di Tlaquepaque.

Di situ, pihak berkenaan menyelamatkan lapan tebusan, merampas senjata api dan menahan 15 individu.

Sebelum ini, kubur besar dengan 34 mayat, ditemui di pinggir Guadalajara, pada 3 September.

Selain itu, sebuah lagi kubur dengan 30 rangka manusia ditemui di kawasan berhampiran, pada Mei.

Dianggarkan 2,500 pembunuhan berlaku di Jalisco, antara Januari dan November,

Negeri itu menjadi pangkalan kartel penjenayah yang amat berkuasa, Jalisco Nueva Generacion, beroperasi.

Disiarkan pada: January 14, 2020 @ 2:25pm
d