global

Jangan cuba-cuba...

Oleh Reuters

Tokyo: Yamaha Corporation memberi amaran kepada ahli muzik supaya tidak mencuba untuk masuk dalam ruangan di dalam alat muzik.

Ia selepas tercetus dakwaan bahawa Bekas Pengerusi Nissan Motor, Carlos Ghosn melarikan diri dari negara itu dengan cara berkenaan.

“Kami tidak mahu menyebut alasan mengapa... tetapi ada banyak ciapan mengenai memasuki ruangan dalam alat muzik yang besar.

“Amaran... jika malang sudah berlaku, adalah sia-sia. Jadi kami minta supaya semua orang tidak mencuba (memasuki alat muzik),” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Ghosn sebelum ini melarikan diri dari Jepun dan tiba di Lubnan dalam satu tindakan pelanggaran syarat ikat jamin terhadap beliau.

Ikat jamin, sementara menunggu perbicaraan itu, antaranya menyekat perjalanannya ke luar negara.

Bekas bos Nissan itu dibebaskan dengan jaminan atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan melanggar Akta Instrumen Kewangan dan Pertukaran,

Susulan kejadian, ada yang mendakwa dia melarikan diri dengan bersembunyi sama ada di dalam alat muzik atau pembesar suara.

Disiarkan pada: January 14, 2020 @ 3:44pm
d