global

Ibu joli, anak mati

Oleh Agensi

MENYAYAT hati apabila kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun ditemui mati di bilik sebuah flat di Krov, selepas ditinggalkan berseorangan dan kelaparan oleh ibunya.

Lebih menyedihkan, mangsa yang bernama Kristina dipercayai cuba memakan serbuk pencuci pakaian kerana kelaparan.

Daily Mail melaporkan, Kristina ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Irina Plenkina, 47, yang datang ke rumah untuk mengucapkan selamat ulang tahun ketiga buat cucunya itu.

Kristina dipercayai ditinggalkan ibunya, Maria Plenkina, 21, yang keluar dari rumah untuk menghadiri parti keraian.

Siasatan dijalankan mendapati Plenkina terbukti bersalah kerana bertindak kejam mengurung anaknya di dalam rumah selama tujuh hari.

Berikutan itu, Plenkina berdepan hukuman penjara selama lapan hingga 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian anaknya.

Pakar psikiatri memberitahu mahkamah bahawa Plenkina melakukannya dalam keadaan sedar.

Bagaimanapun, Plenkina menyangkal pertuduhan terhadapnya dengan mengaku tidak bersalah membunuh anaknya itu.

Rakannya, Anastasia pula memberitahu pegawai penyiasat yang Plenkina menipu dengan mengatakan anaknya berada di bawah jagaan pengasuh sewaktu ditinggalkan.

Disiarkan pada: January 15, 2020 @ 10:22am
d