global

Kejamnya...

Oleh Agensi

Hamburg: Sebuah makmal di Jerman, yang melakukan uji kaji ke atas monyet diarah tutup dan dilucut lesen selepas tersebar rakaman kekejaman ke atas haiwan itu.

Dailymail melaporkan, rakaman itu menunjukkan leher monyet diapit dengan pengapit logam di sebuah Makmal Farmakologi dan Toksikologi di Mienenbuttel, berhampiran Hamburg.

Selain monyet, gambar mengerikan menunjukkan anjing dibiarkan berdarah dan diletakkan dalam sangkar sempit.

Pendedahan itu dilakukan Cruelty Free International (CFI) selepas melakukan penyamaran memaksa pihak berkuasa Jerman mengarahkan makmal itu ditutup dan dikenakan denda.

Jurucakap CFI, Kerry Postlewhite berkata, pihaknya gembira pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya.

“Kekejaman terhadap haiwan dan pelanggaran undang-undang yang penyiasat kami temui tidak boleh diterima,” katanya.

Seorang aktivis yang menyamar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengkaji di makmal berkenaan bermula Disember 2018 hingga Mac 2019 menyaksikan uji kaji dilakukan ke atas anjing, monyet, kucing dan arnab yang dilakukan untuk syarikat seluruh dunia.

Aktivis itu mendedahkan, semua haiwan disimpan dan diperlakukan kejam dengan rakaman kejadian dapat ditonton melalui kamera yang disembunyikan.

Malah, seekor anjing dilaporkan dimasukkan paip di bawah kerongkong sebelum diberikan kapsul dan dibiarkan berdarah.

Disiarkan pada: January 18, 2020 @ 2:58pm
d