global

Harry amat dukacita

Oleh AFP

London: Putera Harry amat berdukacita selepas beliau dan isterinya terpaksa melepaskan gelaran diraja.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan tiada pilihan lain bagi mencari kehidupan yang lebih baik dengan isterinya, Meghan Markle dan anak mereka, Archie.

“Saya amat sedih semuanya terpaksa berakhir sebegini,” kata Harry kepada penyokong kepada pertubuhan kebajikan Afrika di London.

Reaksi beremosi itu adalah yang pertama sejak peristiwa yang mengejutkan keluarga diraja Britain itu.

Media sebelum ini melaporkan Harry dan Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan berhenti daripada menerima dana awam, sebagai sebahagian penyelesaian dengan Ratu Elizabeth II bagi mereka memulakan kehidupan baharu di luar monarki British.

Ini bermakna Harry selaku cucu kepada Ratu Elizabeth II dan isterinya, pelakon Amerika Syarikat (AS), tidak akan lagi menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’, nasib sama seperti ibunya, mendiang Puteri Diana selepas bercerai dengan Putera Charles pada 1996.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 11:11am
d