global

Pantau kelawar kesan punca wabak

Oleh Agensi

SAINTIS dunia berpandangan, wabak koronavirus baharu yang sedang menular sekarang kemungkinan berpunca daripada kelawar.

Daily Mail melaporkan, saintis sedang membangunkan alat perujian pantas, murah dan lebih efisyen menggunakan sampel paru-paru yang mana asid deoksiribonukleik (DNA) disaring untuk mengesan tanda jangkitan wabak.

Dengan menggunakan kaedah itu, segala maklumat mengenai virologi, evolusi dan penyebaran geografi virus boleh diperoleh.

Maklumat yang diperoleh daripada analisis DNA haiwan dan DNA virus yang terperangkap juga membantu saintis meramalkan ‘hotspot’ dari mana-mana wabak masa depan.

Kelawar dikenal pasti sebagai kemungkinan berkait rapat dengan sumber wabak koronavirus.

Pengkaji juga berharap maklumat ini boleh digunakan untuk meramalkan bagaimana virus termasuk koronavirus baharu ini disebarkan antara kelawar dan manusia.

Mereka mencadangkan pemantauan pergerakan haiwan berkenaan dilakukan secara terperinci bagi membantu melawan jangkitan wabak pada masa depan.

Pencipta kaedah ujian berkenaan Dr Lin Fa Wang di Duke-NUS Medical School, Singapura berkata, koronavirus yang terdapat dalam kelawar penting dipantau secara terperinci.

Katanya, wabak berkenaan berkait rapat dengan apa ditemui dalam DNA kelawar.

Beliau percaya kaedah berasaskan Next Generation Sequencing (NGS) itu menawarkan jalan penyelesaian.

Sementara itu, Profesor Madya dalam bidang sains selular dan molekul Nothumbria University berkata, kaedah sama sudah digunakan untuk mempercepatkan penilaian jangkitan penyakit dalam beberapa tahun ini.

“Ujian sekarang, menggunakan sampel dari paru-paru suspek kes dan ini memakan masa, wang dan pakar berkemahiran tinggi,” katanya.

Beliau meramalkan, ujian wabak jangkitan penyakit pada masa depan akan lebih murah dan bersifat tidak invasif tetapi belum bersedia untuk membantu wabak sedia ada.

“Kita perlu cara untuk dapatkan sampel itu dari suspek atau pesakit yang disahkan tanpa pergi (uji) paru-paru mereka.

“Kita menggunakan teknik ini untuk melihat bagaimana virus itu berkembang dalam badan pesakit secara masa nyata,” katanya.

Katanya, komuniti saintifik menggunakan kaedah kajian ini ketika menangani wabak Ebola di barat Afrika.

“Ia menunjukkan kami bahawa terdapat 10 virus dalam haiwan ini, namun tidak jelas yang mana boleh beralih kepada manusia.

“Bila penularan itu berakhir, kami masih berwaspada dengan haiwan liar untuk mencegah orang dari terkena jangkitan,” katanya.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 5:11pm
d