global

UK tinggalkan EU mulai esok

Oleh Agensi

UNITED Kingdom (UK) akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) mulai 11 malam esok selepas referendum Brexit dilaksanakan pada 2016.

Namun, ia perlu melalui tempoh peralihan selama 11 bulan.

BBC News melaporkan, sepanjang tempoh berkenaan, UK masih perlu mematuhi semua peraturan EU sebagaimana sebelum ini tetapi, beberapa perkara akan mengalami perubahan.

Menurut laporan berkenaan, Perdana Menteri UK, Boris Johnson perlu diundang secara rasmi sekiranya dia mahu menyertai pemimpin EU lain dalam sidang kemuncak EU.

Malah, semua menteri Britain tidak lagi perlu menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan di peringkat EU.

“Selepas ini juga kita semua akan mendengar UK lebih banyak bercakap mengenai perdagangan dengan negara di seluruh dunia khususnya berkaitan peraturan baharu yang dikenakan untuk pembelian dan penjualan produk serta perkhidmatan dari UK,” katanya.

Laporan itu berkata, rakyat Britain juga perlu menukar pasport berwarna biru seperti yang digunakan 30 tahun lalu, berbanding pasport ketika ini berwarna merah gelap.

Namun, pasport berwarna merah gelap itu masih boleh digunakan.

Pasport dengan warna baharu itu akan ditukar secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan dan dijangka semua pasport baharu berwarna biru dikeluarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 5:33pm
d