global

Ukir 12,000 lubang pada telur

Oleh Agensi

Ankara: Pengukir terkenal Turki, Hamit Hayran mencipta rekod dunia selepas menghasilkan ukiran 12,000 lubang pada telur, baru-baru ini.

Oddity Central melaporkan, pencapaian Hamit mengatasi rekod peribadinya sebelum ini iaitu 11,827 ukiran lubang.

Hamit yang menetap di Golbasi, di sini aktif dalam seni ukiran telur sejak 1998, selepas mengalami kecacatan akibat kemalangan di tempat kerja.

Sejak itu, Hamit yang tidak dapat berdiri dan berjalan menghabiskan masanya dengan seni ukiran hingga menjadi pengukir telur terkemuka dan disegani di dunia.

Selain menghasilkan karya mengagumkan, Hamit giat memecahkan rekod pengukir lubang terbanyak.

Antara kejayaan sulungnya adalah memecahkan rekod artis Pakistan menerusi ukiran 8,708 lubang.

Difahamkan, Hamit mengambil masa setahun untuk menyiapkan ukiran kalimah Allah bagi memecahkan rekod peribadinya itu.

Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 9:05am
d