global

Penyerang ditembak mati

Oleh Agensi

London: Polis menembak mati seorang lelaki di selatan London, hari ini, selepas mencederakan dua orang awam dengan parang dan kanister.

Daily Mail melaporkan, mangsa, lelaki berumur 40 tahun ditikam di bahagian perut, manakala seorang lagi wanita yang juga penunggang basikal, berusia 50 tahun cedera di belakang badan.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan polis sudah mengenal pasti suspek yang dikenali sebagai Sudesh Amman, 20.

Kejadian itu berlaku selepas Amman mencuri pisau dari sebuah kedai serbaneka sebelum bertindak menikam kedua-dua mangsa.

Amman melakukannya selepas beberapa hari dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan keganasan.

Lelaki berasal dari Harrow itu juga dilaporkan mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjara selama tiga tahun atas kesalahan memiliki dan mengedarkan dokumen berkaitan pengganas.”

“Kami mengesahkan lelaki yang ditembak oleh polis kira-kira 2 petang di #Streatham High Road, mati.

“Kes itu masih dalam siasatan dan insiden yang berlaku ini ada kaitan dengan pengganas.

“Kita juga masih menunggu perkembangan lanjut berkaitan dua mangsa yang cedera,” kata Polis Metropolitan London menerusi Twitter.

Beberapa kejadian berkaitan pengganas dilaporkan berlaku di Britain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaru, pada 29 November tahun lalu, lelaki dikenali sebagai Usman Khan membunuh dua orang sebelum ditembak mati oleh polis di London Bridge.

Disiarkan pada: February 3, 2020 @ 10:57am
d