global

Trump terselamat

Oleh AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilepaskan daripada dua pendakwaan ke atasnya membabitkan salah guna kuasa dan menghalang tugas Kongres.

Bagi kes penyalahgunaan kuasa, 52 ahli Kongres bersetuju melepaskan Trump, sementara 48 tidak bersetuju.

Sementara bagi tuduhan menghalang tugas Kongres, 53 ahli bersetuju melepaskannya berbanding 47 tidak bersetuju.

Sekali gus, Trump yang juga Presiden AS ke-45 itu terlepas daripada perbicaraan di Senat dan tidak akan disingkirkan dari White House.

Disiarkan pada: February 6, 2020 @ 9:09am
d