global

Babun 'culik' anak singa

Oleh Agensi

CAPE TOWN: Seekor babun jantan dilihat ‘menculik’ anak singa di Taman Negara Kruger di Afrika Selatan, baru-baru ini.

‘Penculikan’ itu bukan sesuatu yang biasa dilihat namun gambar itu berjaya dirakam pemilik Safari Kurt iaitu Kurt Schultz, Sabtu lalu.

Newsweek melaporkan, Schultz melihat kawanan babun kelihatan gelisah sebelum melihat seekor babun melintas jalan dan memanjat pokok jenis marula yang tumbuh di negara itu.

Awalnya, Schultz menjangkakan seekor babun betina membawa bayi, namun selepas pemerhatian lanjut, dia menyedari itu adalah babun jantan sedang membawa anak singa.

Menariknya, babun jantan itu dilihat menjaga dan mengurus anak singa seperti anaknya sendiri.

“Kelihatan babun jantan menjaga anak singa itu sama seperti dilakukan babun betina kepada anaknya,” kata Schultz.

Schultz berkata, selama 20 tahun berada di Afrika selatan dan timur, dia pernah melihat babun mengganas tetapi fenomena luar biasa iaitu babun menjaga anak singa adalah pengalaman pertamanya.

Disiarkan pada: February 7, 2020 @ 7:45am
d