global

Penari bogel tumpas akhirnya

Oleh Agensi

Mataram: Dua penari bogel yang mengenakan caj Rp3 juta (RM904) untuk satu jam persembahan akhirnya berjaya diberkas Polis Wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB).

Ketua Perhubungan Awam Polis NTB Artanto ketika dihubungi Detiknews berkata, kedua-dua wanita itu bekerja sebagai gadis peneman di sebuah pusat karaoke yang menawarkan layanan tarian bogel.

“Mereka ditangkap di kafe karaoke dan kebetulan penganjur sedang melayani pelanggan manakala dua wanita terbabit menari tanpa seurat benang,” katanya.

Penahanan kedua-dua wanita itu dilakukan di sebuah kafe di Lombok, Rabu lalu bersama seorang lelaki dipercayai penganjur.

Artanto berkata, pelanggan yang berminat perlu melakukan transaksi bayaran kepada penganjur berkenaan.

“Antara barang rampasan adalah wang tunai Rp6.4 juta (RM1,936), dua set pakaian dalam wanita, satu nota pesanan, empat telefon bimbit, dan dua helai bukti transaksi.

“Suspek akan disiasat mengikut Pasal 33 juncto Pasal 7 dan 4 dan Pasal 34 juncto Pasal 8 dan/atau Pasal 36 juncto Pasal 10 UU RI No 44 Tahun 2008 mengenai pornografi,” katanya.

Disiarkan pada: February 7, 2020 @ 8:10pm
d