global

Serangan H5N6 di ladang ternakan China

Oleh Reuters

SELESEMA burung H5N6 dikesan di sebuah ladang ternakan di barat daya wilayah Sichuan, menurut Kementerian Pertanian China.

Ia adalah kes selesema burung H5N6 pertama dikesan di ladang ternakan selepas empat kes ditemui pada angsa, tahun ini.

Sebanyak 1,840 daripada 2,497 ternakan mati di ladang berkenaan, manakala bakinya dibunuh, kata kementerian itu pada malam Ahad.

Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 11:08am
d