global

Ke lokap wanita akhirnya...

Oleh Agensi

Jakarta: Selebriti Lucinta Luna yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah ditempatkan dalam blok tahanan wanita di Penjara Kepolisian Daerah (Polda) Metro Jaya, Jakarta selatan.

Lapor Kompas.com, Pengarah Tahanan dan Barang Bukti Polda Metro Jaya Barnabas S Imam mengesahkan, Lucinta ditempatkan di sebuah ruangan khas di blok tahanan wanita di penjara terbabit.

“(Lucinta) ditahan di blok wanita tapi di ruangan khas. Dia ditahan sendirian (di ruangan khas itu)," katanya.

Menurutnya, pihaknya membuat keputusan untuk menghantarnya ke blok tahanan wanita bagi mengelakkannya dibuli.

“Kami perlu ambil kira keadaannya. Mana-mana tahanan yang masuk, kami perlu jaga keselesaannya sama ada secara fizikal atau psikologi bagi mengelakkan kejadian buli,” katanya.

Katanya, aktres terbabit bakal tiba di penjara terbabit petang ini selepas menjalani ujian darah dan rambut di Makmal BNN di Lido, Bogor, Jawa Barat.

Terdahulu, media tempatan melaporkan aktres terbabit ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat selepas gagal ujian saringan air kencing.

Bagaimanapun, penahanan penyanyi dan penari yang memiliki nama asal Muhammad Fatah itu juga menimbulkan dilema apabila pihak berkuasa tidak tahu menempatkannya sama ada di lokap wanita atau lelaki.

Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 6:26pm
d