global

Aceh larang sambutan Hari Kekasih

Oleh Agensi

Jakarta: Pihak pentadbiran Banda Aceh melarang orang ramai menyambut Hari Kekasih kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Jakarta Post melaporkan, Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman berkata, larangan berkenaan dibuat bagi memelihara kesucian agama Islam.

“Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan ia bukan budaya Aceh,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mengeluarkan pekeliling Isnin lalu bagi menggesa golongan muda di bandar itu mengelakkan sebarang aktiviti berkaitan sambutan Hari Kekasih.

Pihaknya turut mengarahkan hotel, restoran dan lokasi hiburan di Banda Aceh untuk tidak menganjurkan sebarang acara berkaitan Hari Kekasih.

Disiarkan pada: February 12, 2020 @ 9:15pm
d