global

Xin Xin, Shuan Shuan milik Mexico

Oleh AFP

Mexico City: Dua panda yang menjadi antara tarikan terbaru pengunjung di Zoo Chapultepec, di sini menjadi satu-satunya di dunia yang bukan dimiliki China seperti beberapa negara lain.

Pengurus zoo, Rafael Tinajero berkata, Xin Xin dan Shuan Shuan dimiliki sepenuhnya oleh Mexico walaupun nama yang diberikan pada haiwan itu adalah nama dari China.

“Mexico menjadi negara yang pertama di dunia yang berjaya membiakkan spesis panda secara semula jadi di luar habitat asal haiwan berkenaan.

“Sehingga kini, sebanyak lapan panda sudah dilahirkan di Mexico antara 1980 hingga 1990 namun hanya empat yang masih hidup,” katanya.

Jika kebiasaannya panda yang lahir di luar China akan dibawa semula ke republik berkenaan yang mana menjadi lokasi pembiakan spesis berkenaan namun ia tidak berlaku kepada Xin Xin dan Shuan Shuan.

Sebelum ini Mexico turut mempunyai dua ekor panda Ying Ying dan Pe Pe yang dipinjamkan kerajaan China pada 1975 dan panda kini menjadi spesis haiwan yang terancam.

Namun pada 1980 republik itu menguatkuasakan polisi yang hanya meminjamkan panda untuk tempoh yang singkat sebelum dipulangkan semula sebagai usaha pemuliharaan spesis itu.

Panda kebiasaannya akan hidup sehingga berusia 20 tahun jika berada di habitat asal manakala 30 tahun sekiranya ditempatkan di dalam kandang.

Disiarkan pada: February 15, 2020 @ 12:20pm
d