global

Bakar 3 anak hidup-hidup

Oleh Agensi

Brisbane: Mengejutkan apabila pemain ragbi mencurah petrol dan menyalakan api di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) menyebabkan dia dan tiga anaknya maut.

Dalam kejadian itu, mangsa, Rowan Baxter yang juga bekas pemain ragbi profesional untuk pasukan New Zealand Warriors, membakar kenderaan yang dinaiki bersama tiga anaknya iaitu Laianah, Aaliyah dan Trey.

Seorang lagi mangsa dipercayai isterinya Hannah terselamat selepas sempat keluar dari SUV berkenaan.

Saksi kejadian menyatakan wanita itu dilihat menjerit: “Dia mencurahkan petrol ke atas badan saya.”

Ia diikuti empat letupan sebelum SUV itu terbakar.

Hannah yang parah dikejarkan ke hospital berhampiran.

Courier Mail melaporkan bahawa pasangan itu kini dalam proses mendapatkan hak penjagaan tiga anak mereka.

Sementara itu, Daily Mail Australia melaporkan seorang rakan mangsa memberitahu bahawa Baxter mengalami kemurungan selepas berpisah dengan isterinya.

Menurutnya, perpisahan itu menyebabkan Baxter menjadi tidak waras.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 9:04am
d