global

Anak ketua kartel dadah diekstradisi ke AS

Oleh Reuters

Mexico City: Sumber di Pejabat Peguam Negara Mexico mengesahkan mereka sudah mengekstradisi anak kepada ketua kartel dadah terkenal paling dikehendaki ke Amerika Syarikat (AS).

Reuters melaporkan mereka berbuat demikian selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik balik ancamannya untuk mengisytiharkan kartel Mexico sebagai kumpulan pengganas.

Difahamkan dia dibawa pada tengah hari Khamis lalu melalui penerbangan terus dari Sonora ke Washington.

Ruben Oseguera, yang ditahan pada 2015 dipercayai antara tokoh penting dalam geng dadah Kartel Generasi Baru Jalisco.

Bapanya, Nemesio Oseguera Cervantes atau dikenali sebagai El Mencho masih dalam buruan.

Mahkamah Persekutuan di Washington mendakwa Ruben berkonspirasi dalam pengedaran dadah ke Amerka Syarikat dan menggunakan senjata api dalam pelbagai jenayah.

Disiarkan pada: February 21, 2020 @ 3:47pm
d