global

Tujuh korban gempa di Turki

Oleh AFP

ISTANBUL: Tujuh orang terbunuh selepas gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda timur Turki, berdekatan sempadan Iran, hari ini.

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata, mangsa terbunuh membabitkan tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak.

Soylu berkata, lima mangsa yang cedera dibawa ke hospital, manakala beberapa lagi mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

“Usaha menyelamat dan mencari sedang dilakukan,” katanya dipetik dari agensi berita Anadolu, yang berpangkalan di Ankara.

Berdasarkan Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa di perkampungan Habash-e Olya, kira-kira 10 kilometer dari sempadan Turki-Iran.

Menurut agensi berita itu lagi, gempa jam 9.23 pagi itu turut mengakibatkan kerosakan di beberapa kejiranan di wilayah berkenaan.

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 6:18pm
d