global

Wanita 21 tahun jadi nenek termuda

Oleh Agensi

SEORANG wanita menjadi nenek termuda di Britain selepas berkahwin dengan duda empat anak berusia 56 tahun.

Daily Mail melaporkan, Becca Keeley, 21, berkahwin dengan pasangannya, Mark pada Ogos 2018 selepas dia menerima lamaran lelaki terbabit ketika mereka bercuti di Terenife, pulau Sepanyol di utara Afrika.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Presley yang kini berusia empat bulan.

Menurut laporan The Sun, Becca sah bergelar nenek selepas seorang anak tirinya menerima cahaya mata, tujuh bulan lalu.

Menurut Keeley, dia berkenalan dengan suaminya ketika berumur 16 tahun ketika lelaki itu membuat persembahan bersama ahli kumpulan muziknya.

“Mark (suami) yakin saya tidak mahu dipanggil nenek tetapi keluarganya adalah keluarga saya juga,” katanya kepada akhbar tempatan.

Sementara itu, Mark berkata, ramai menyangka perkahwinannya dengan Keeley adalah satu kesilapan.

“Saya sudah beritahu Keeley untuk mencari pasangan yang seusia dengannya tetapi sudah ditakdirkan kami berkenalan dan akhirnya bersama.

“Malah, kami gembira dan akan cuba menjaga hubungan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Rekod nenek termuda sebelum ini dipegang oleh Rifca Statenescu dari Romania yang bergelar nenek ketika berusia 23 tahun.

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 6:00am
d