global

Wanita berpurdah rompak kedai emas

Oleh Agensi

PEKERJA sebuah butik barangan kemas mewah di sini, tidak menyangka wanita berjubah dan berpurdah yang memasuki premis itu sebenarnya perompak.

Pada kejadian jam 3.55 petang (waktu tempatan) Ahad lalu itu, suspek melarikan barangan kemas bernilai AS$800,000 (RM3.9 juta).

Daily Mail melaporkan rompakan itu berlaku di butik Piaget, di pusat beli-belah Hudson Yards, di sini.

Pada mulanya, suspek meminta pekerja menunjukkan rantai leher yang berharga lebih AS$21,000 (RM89,000).

Ketika pekerjanya mahu mengeluarkan barangan kemas itu, dia terlihat suspek memegang jam tangan milik butik berkenaan.

Pekerja itu bertanyakan mengapa ‘wanita’ itu berbuat demikian sebelum suspek menyembur cecair pemedih mata.

‘Wanita’ itu kemudian melarikan diri bersama barangan kemas yang dicuri.

Antaranya, rantai berharga AS$715,000 (RM3.04 juta) dan jam tangan AS$64,000 (RM2.71 juta).

Suspek dikenal pasti tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Daily Mail cuba menghubungi kedai emas berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Namun, pengurusan enggan mengulas berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 6:00am
d