global

Pekerja dipecat tembak lima kakitangan

Oleh Agensi

Milwaukee: Enam terbunuh dalam kejadian tembakan di ibu pejabat pengeluar bir, Molson Coors di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Seorang daripadanya adalah suspek, selepas lelaki itu dipercayai menembak dirinya sendiri.

AFP melaporkan suspek adalah kakitangan syarikat itu yang sudah dipecat.

Media tempatan melaporkan lelaki itu meminjam tanda nama milik seorang pekerja sebelum kembali ke kompleks pejabat berkenaan.

Dia kemudian dipercayai melepaskan tembakan menyebabkan lima orang terbunuh.

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 9:03am
d