global

32 korban rusuhan di India

Oleh Agensi

New Delhi: Seramai 32 orang disahkan maut dalam kejadian rusuhan di ibu negara India.

Huru-hara tercetus akibat rakyat membantah undang-undang kerakyatan diumumkan Perdana Menteri Narendra Modi yang penuh kontroversi.

Ia kemudian merebak menjadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran.

AFP melaporkan perusuh membakar rumah, kedai, dua masjid, dua sekolah dan stesen minya.

Ribuan pasukan keselamatan kini mengawal keadaan bagi mengelak situasi menjadi lebih teruk.

Lebih 200 orang juga dilaporkan dalam insiden yang sudah merebak ke beberapa bahagian di New Delhi.

Rusuhan itu pada tercetus selepas penganut Hindu membantah tindakan penganut Muslim mengadakan tunjuk perasaan.

Ia membantah undang-undang kerakyatan berkenaan.

Penganut Muslim percaya ia akan menyebabkan ramai yang kehilangan status sebagai warganegara.

Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 2:59pm
d