global

33 Tentera Turki terbunuh

Oleh Agensi

Istanbul: Seramai 33 askar Turki maut selepas Tentera Syria melakukan serangan udara ke wilayah Idlib, Syria.

Reuters melaporkan Gabenor wilayah Hatay, Turki mengesahkan angka berkenaan.

Dalam pada itu AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) menuntut supaya rejim Syria dan sekutunya, Russia menghentikan kempen ketenteraan di Idlib.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong Turki yang juga ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Rejim Syria dengan sekutunya Russia, sebelum ini, memperhebat serangan udara di Idlib bagi menggempur kumpulan bersenjata yang disokong Tentera Turki.

Ia menyebabkan hampir 900,000 kehilangan tempat tinggal di wilayah utara Syria itu.

Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 9:26am
d