global

Rooney mula latih anak main bola sepak

Oleh Agensi

England: Pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Wayne Rooney menarik perhatian pengikutnya apabila dilihat mula melatih anaknya, Kai berusia 10 tahun untuk mengikut jejak langkahnya.

Berdasarkan video yang dikongsi di media sosial, Kai mula mendapat jolokan bintang masa depan.

Melalui video berkenaan juga, Kai dilihat menjalani rutin latihan seperti pemain bola sepak profesional dengan padanan kasut bola rekaan khas.

Rooney yang kini bermain untuk pasukan Derby County menyifatkan ia adalah waktu berkualiti untuk melihat anaknya meneruskan latihan bola sepak.

Selain Kai, Rooney juga memiliki tiga lagi anak lelaki iaitu Klay, Kit dan Cass hasil perkongsian hidup dengan Coleen Rooney sejak 2008.

Rooney adalah penjaring gol termuda di Liga Perdana ketika mewakili Everton menentang Arsenal pada usianya hanya 16 tahun.

Rooney memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya di Everton sebelum berpindah ke Manchester United pada 2004 ketika berusia 18 tahun dengan kontrak bernilai £25.6 juta (RM138 juta).

Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 9:40am
d