global

Ular 'baham' tuala...

Oleh Agensi

Sydney: Lazimnya, ular adalah pemangsa yang menjadikan tikus atau haiwan lain sebagai sasaran dimakan.

Malah, reptilia berkenaan juga boleh membaham manusia atau haiwan lebih besar daripadanya hingga kewujudannya digeruni.

Namun, mungkin kerana kelaparan, seekor ular secara tidak sengaja ‘membaham’ tuala yang disangka makanan.

Berikutan itu, reptilia terbabit dikejarkan ke Hospital Pakar Haiwan (SASH) di New South Wales (NSW), di sini untuk menjalani pembedahan.

Daily Star melaporkan, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bertujuan mengeluarkan tuala berkenaan daripada perut haiwan itu.

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 8:28am
d