global

Lapan disebat kerana berkhalwat

Oleh Agensi

Acheh: Lapan orang disebat lima hingga 45 kali di khalayak ramai di sini, selepas didapati bersalah atas kesalahan berkhalwat.

Puluhan penduduk memerhati, ketika pesalah itu disebat di sebuah masjid di Banda Aceh.

Daily Mail melaporkan, pegawai syariah bertopeng yang dipanggil ‘algojo’ akan menyebat mereka menggunakan kayu rotan selepas ditangkap berkhalwat.

Walaupun dikritik kerana memalukan pesalah di depan ramai orang, namun Acheh tetap dengan pendirian mereka.

Acheh dengan lima juta penduduk beragama Islam, mengamalkan undang-undang syariah.

Aktivis hak asasi menyelar tindakan sebatan di depan orang ramai, malah Presiden Indonesia Joko Widodo juga mengarahkan hukuman itu ditarik balik.

Bagaimanapun, tindakan itu menerima sokongan daripada penduduknya.

Disiarkan pada: March 4, 2020 @ 1:56pm
d