global

24 korban puting beliung

Oleh Reuters

Nashville: Sehari selepas puting beliung melanda Tennessee, Amerika Syarikat, pasukan penyelamat kini melakukan pencarian di sebalik runtuhan bangunan untuk mengesan mangsa terselamat.

Angka rasmi korban akibat bencana itu kini adalah 24 orang termasuk lima kanak-kanak.

Mangsa adalah penduduk di Putnam County, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Seramai 22 orang lagi dilaporkan masih hilang.

Datuk Bandar Putnam County Randy Porter berkata, pihaknya berharap dapat menemui mangsa yang terselamat.

“Kita perlu mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap,” katanya.

Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 12:31pm
d