global

Sampai terbunuh jiran

Oleh Agensi

PERTELINGKAHAN dua tahun berakhir tragedi selepas seorang wanita membunuh jirannya menggunakan penyodok di Hertfordshire, selatan England.

Debby Foxwell, seorang pengarah syarikat berusia 41 tahun didapati bersalah kerana membunuh jirannya, Louise Lotz, 64, yang juga ahli Majlis Lib Dem.

Bagaimanapun, Mahkamah Crown St Alban menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Berdasarkan keterangan, tertuduh dikatakan lama berang dengan jirannya yang didakwa tidak menjaga kawasan kediaman mereka dengan baik.

Malah, Foxwell pernah menghantar pesanan WhatsApp kepada polis memberitahu dia akan ‘memukul’ kepala jirannya itu.

Semuanya berpunca daripada perselisihan faham yang berlarutan dua tahun sebelum itu.

Ia berakhir dengan tragedi pada malam 24 Ogos tahun lalu apabila tertuduh mengambil penyodok sebelum menghentak beberapa kali terhadap jirannya itu.

Menerusi prosiding kes, mahkamah diberitahu salah faham bermula selepas Foxwell dikatakan menceroboh harta miliknya.

“Dia berperang mulut dengan Lotz hingga ke serangan fizikal,” katanya.

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 6:01am
d