global

Iran lapor 113 lagi kematian

Oleh AFP

Tehran: Iran melaporkan 113 lagi kematian hari ini akibat Covid-19, angka harian tertinggi yang dicatatkan setakat ini.

Jurucakap kementerian kesihatan, Kianoush Jahanpour berkata, semua penduduk perlu membatalkan perjalanan dan berada di rumah masing-masing.

“Kita perlu laksanakan proses ini bagi memastikan keadaan bertambah baik pada hari mendatang,” katanya.

Setakat ini, Iran mencatatkan 724 kematian dengan 13,938 kes jangkitan.

Dalam tempoh 24 jam, 1,209 kes jangkitan baharu dilaporkan.

Disiarkan pada: March 15, 2020 @ 7:15pm
d