global

Lamborghini, Ducati plakad

Oleh Agensi

Ho Chi Minh: Sekumpulan remaja di Vietnam kreatif menghasilkan replika motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah dengan hanya menggunakan bahan buangan dan terpakai.

Namakan apa saja kenderaan mewah, sama ada Ferrari mahupun Ducati semuanya boleh dihasilkan walaupun badan kenderaan kelihatan ganjil disebabkan plakad.

Yang pasti, kenderaan itu masih boleh berfungsi baik.

Lapor Oddity Central, anak muda dari saluran YouTube, NHẾT TV itu yang meminati sukan permotoran membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membangunkan model mewah yang menggabungkan serpihan logam, plakad dan bahagian terpakai motosikal.

Seorang daripada mereka memberitahu sudah menghasilkan pelbagai kenderaan plakad sejak beberapa tahun lalu.

“Daripada kereta kebal Israel hingga ke arca patung Kai-Xiang Zhong yang menyeramkan.

“Kami mentah, tidak sempurna tetapi cara kami sejuta lebih baik. Melihat plakad Lamborghini dan motosikal buatan sendiri (DIY) diilhamkan daripada Ducati bergegar di atas jalan sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,” katanya.

Remaja lelaki itu bukan saja berbakat dalam pembuatan berkenaan tetapi pandai berjenaka membuatkan video mereka bersama ciptaan menarik perhatian penonton YouTube.

Hingga kini, lebih 300,000 peminat mengikuti saluran YouTube mereka dan kebanyakan video ditonton hingga jutaan kali, rata-ratanya adalah rakyat Vietnam sendiri.

Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 8:05am
d