global

Lelaki bunuh19 OKU dihukum mati

Oleh AFP

SEORANG lelaki dihukum mati kerana membunuh 19 mangsa kurang upaya dalam serangan di sebuah pusat penjagaan OKU, empat tahun lalu.

Satoshi Uematsu, 30, mengaku bersalah dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di negara itu, tetapi peguamnya memohon pengakuan tidak bersalah dengan alasan tertuduh menderita “gangguan mental” yang dikaitkan dengan penggunaan dadah.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Kiyoshi Aonuma menolak hujah itu dan memerintah Uematsu tidak berhak menerima kelonggaran.

“Nyawa 19 orang sudah diambil, ini sangat serius.

“Uematsu merancang pembunuhan itu dan dia mempunyai niat yang luar biasa untuk membunuh. Tiada ruang untuk kelonggaran,” kata hakim berkenaan.

Aonuma berkata, bukti dan keterangan keluarga mangsa memperkuatkan lagi kes dalam serangan itu.

“Walaupun tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini, kami membuat pertimbangan yang teliti tetapi menuntut hukuman mati,” kata hakim itu.

Uematsu berkata, sebelum keputusan itu dibuat dia tidak akan merayu walaupun berpendapat dia tidak sepatutnya dihukum.

Bagaimanapun, tertuduh tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika hukuman itu dijatuhkan.

Disiarkan pada: March 16, 2020 @ 7:30pm
d