global

Cats dinobat filem terburuk 2019

Oleh Agensi

Los Angeles: Filem muzikal fantasi "Cats" dinobatkan penerima Anugerah Razzie untuk filem terburuk 2019

Reuters melaporkan ia selepas ia dipilih dalam enam kategori termasuk skrip terburuk, pengarah terburuk dan lakon layar terburuk.

Selain itu, James Corden dan Rebel Wilson masing-masing turut dinobatkan sebagai pelakon pembantu lelaki terburuk dan pelakon pembantu wanita terburuk.

Filem dibintangi Judi Dench, Taylor Swift dan Idris Elba memaparkan pelakonnya memakai kostum dengan dibantu imej janaan komputer (CGI).

Ia hanya meraih kutipan AS$70 juta (kira-kira RM302 juta) berbanding kos pembikinan AS$100 juta (RM432 juta).

Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 12:04pm
d