global

Perang Covid-19

Oleh Agensi

Kuala Lumpur: Penularan virus koronavirus, Covid-19 menyebabkan banyak negara membuat sekatan pergerakan keluar masuk untuk warganya.

Di Perancis, Presidennya Emmanuel Macron menyifatkan usaha mengekang

Covid-19 sebagai perang apabila menyekat sepenuhnya pergerakan keluar masuk rakyat, menutup sempadan dan memaksa rakyat tinggal di rumah.

Itali, negara luar dari China yang dikesan paling terjejas apabila merekodkan kematian tertinggi iaitu 2,158 orang dan kes positif 27,980 orang.

Itali mengisytiharkan darurat serta-merta dan menutup semua premis, tempat pelancongan terkemuka di Milan dan Venice.

Filipina turut mengumumkan langkah drastik dengan meminta kira-kira 55 juta rakyatnya tinggal di rumah.

Kelmarin, Malaysia memperkenalkan perintah kawalan pergerakan 14 hari sehingga 31 Mac.

Di India, negara terpadat kedua di dunia, banyak kemudahan, sekolah dan pusat hiburan sudah ditutup. Taj Mahal juga ditutup kepada pengunjung.

Britain menghentikan semua hubungan dan perjalanan tidak penting sementara Switzerland mengisytiharkan kecemasan.

Perhimpunan diharamkan di Jerman termasuk gereja, masjid dan taman permainan serta kedai tidak penting akan ditutup.

Iran, negara yang mempunyai jangkitan tertinggi dan kematian di Timur Tengah menutup lokasi yang menjadi tumpuan pengikut Syiah.

Chile, Peru mengumumkan penutupan sempadan mereka, manakala Kanada menutup sempadannya kepada warga asing kecuali Amerika.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 4:09pm
    d