global

'Dipengaruhi syaitan'

Oleh Agensi

‘AKU mungkin dipengaruhi syaitan.’ Itu pengakuan gila seorang ibu berusia 40 tahun yang mengaku melakukan sumbang mahram dengan anak lelaki berusia 19 tahun yang khayal dadah.

Kompas melaporkan, pengakuan wanita berasal dari Muara Enim, Sumatera Barat selepas anggota polis bahagian narkotik menyerbu kediaman dua beranak itu, kelmarin.

Anaknya mengaku akibat terpengaruh dadah, dia menuruti permintaan ibunya untuk melakukan perbuatan itu.

Pengakuan itu direkodkan di depan polis dan dia mengaku kesilapan berpunca daripadanya yang mengajak anak kandungnya melakukan hubungan seks.

“Yang ajak untuk berhubungan intim itu saya. Saya tidak tahu sebabnya mungkin pengaruh syaitan,” kata ibu dua anak itu.

Mengejutkan lagi, wanita itu mengaku sudah tiga kali melakukan hubungan seks dengan anak kandungnya itu.

“Dia nekad mengajak anaknya berhubungan intim kerana sudah setahun berpisah dengan suaminya yang bekerja di Bengkulu Utara.

“Selain itu, dia juga dipercayai pengedar dadah bersama anaknya sejak lima bulan lalu kononnya untuk membiayai persekolahan anak bongsunya di sekolah berasrama di Palembang,” kata polis.

Sementara itu, anaknya mengaku menuruti kehendak ibunya untuk melakukan hubungan intim itu.

“Namun, saat kejadian, saya separuh sedar kerana baru selesai mengambil dadah.

“Saya tidak tahu, saya sudah setengah sedar, tahu-tahu diserbu polis,” katanya.

Sementara itu, polis Muara Enim Donni Eka Syaputra berkata, pihaknya menemui tiga peket syabu seberat 8.22 gram dan sebiji pil ekstasi di rumah itu.

Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 6:01am
d