global

Covid-19: Senat AS lulus cuti sakit berbayar

Oleh BERNAMA

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan rang undang-undang mengenai cuti sakit berbayar, insurans pengangguran dan ujian saringan kesihatan percuma sebagai langkah memperkasakan usaha untuk memerangi wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Rang undang-undang itu mendapat sokongan anggota Dewan Senat, 90 berbalas lapan.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell berkata, beliau menyokong cadangan itu, walaupun berpendapat “ia tidak membantu sepenuhnya rakyat Amerika dan lebih menimbulkan ketidakpastian terhadap perusahaan kecil.”

“Rang undang-undang itu termasuk langkah-langkah untuk memastikan perniagaan yang mempunyai kurang 500 pekerja memberikan cuti sakit berbayar selama dua minggu, meningkatkan insurans pengangguran dan pembiayaan program bantuan makanan serta ujian pengesanan secara percuma,” katanya.

Menyifatkannya sebagai ‘langkah pertama,’ McConnell berkata, anggota parlimen bekerja keras untuk melancarkan pakej rangsangan yang lebih meluas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 10:50am
    d