global

Covid-19: 1,135 maut di Iran

Oleh BERNAMA

KAHERAH: Kes Covid-19 di Iran tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih apabila angka korban di negara ini terus meningkat kepada 1,135 orang pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 147 lagi kematian dilaporkan dan jumlah kes disahkan melonjak kepada 17,361, peningkatan sebanyak 1,192 berbanding Selasa.

Sejumlah 321 pesakit sembuh, menurut Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan.

Penduduk digesa untuk mengelak melakukan perjalanan tidak penting pada cuti Nowruz yang bermula Jumaat.

Sementara itu, Menteri Luar Javad Zarif mengulangi permintaan supaya komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan terhadap Iran, memandangkan Tehran sedang berjuang memerangi wabak Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 19, 2020 @ 2:14pm
    d