global

Kualiti air di sekitar Itali bertambah baik

Oleh Agensi

PERINTAH sekatan pergerakan di Itali memberi kesan positif di bandar pelancongan ini apabila kualiti air di sekitarnya menjadi lebih baik.

CNN melaporkan berdasarkan gambar terkini, air di terusan menjadi lebih jernih

Malah, beberapa gambar menunjukkan bahawa ikan jelas dapat dilihat di beberapa terusan di sekeliling kota itu.

Laporan itu menyebut ia mungkin kerana pelancong tidak lagi membanjiri bandar berkenaan.

Selain itu, tiada bot beroperasi dan kapal persiaran juga tidak lagi dibenarkan berlabuh di situ.

Sebelum ini, Itali menguatkuasakan sekatan pergerakan dengan meminta 60 juta penduduknya berada di rumah.

The Guardian melaporkan pihak berkuasa sudah mengambil tindakan terhadap lebih 40,000 yang ingkar arahan berkenaan.

Di bawah arahan sekatan pergerakan itu, semua kedai akan ditutup kecuali untuk keperluan asas penting seperti farmasi dan kedai makanan.

Bagaimanapun, penghantaran makanan ke rumah dibenarkan.

Setakat semalam, 35,713 kes Covid-19 dilaporkan di Itali dengan 2,978 kematian.

Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 6:01am
d